Laman web baharu untuk bisnes anda, siap dalam 21 hari.
Kami design semula laman web sedia ada supaya nampak profesional, mudah dibuka di telefon, dan membawa pertanyaan terus ke WhatsApp anda.
Tanda laman web anda perlu redesign
Nampak lama
Pelanggan menilai bisnes daripada laman web. Design lama buat jenama nampak kurang dipercayai.
Susah dibuka di telefon
Kebanyakan pelawat datang dari telefon. Teks kecil dan butang sesak buat mereka keluar.
Pelawat tak menghubungi
Ada trafik, tetapi tiada pertanyaan. Biasanya kerana tiada ajakan yang jelas ke WhatsApp.
Susah dikemas kini
Setiap perubahan kecil perlu tunggu orang lain. Laman baharu boleh anda kemas kini sendiri.
Satu pakej. Satu harga. Semua yang biasa diperlukan.
- Sehingga 5 halaman dengan design baharu dan animasi halus
- Dibina di Framer atau WordPress, ikut keperluan anda
- Mesra telefon, tablet dan komputer
- Butang dan borang yang terus ke WhatsApp bisnes anda
- SEO asas: tajuk, penerangan, kelajuan dan pautan Google
- 2 pusingan pindaan sebelum laman dilancarkan
- Penjagaan bulan pertama percuma selepas lancar
Deposit 50% untuk mula. Baki 50% sebelum laman dilancarkan.
| Halaman tambahan | RM500 / halaman |
| Sistem kecil: tempahan, pendaftaran atau resit | RM1,500 |
| Penjagaan bulanan selepas bulan pertama | RM350 / bulan |
Dari perbincangan pertama hingga laman dilancarkan
Audit & sesi perkenalan
Kami semak laman sedia ada, faham bisnes anda dan sahkan halaman yang diperlukan.
Design
Anda terima design halaman utama untuk disemak. Pindaan pertama dibuat di sini.
Bina
Semua halaman dibina, disambung ke WhatsApp dan diuji di telefon.
Semak & lancar
Pindaan kedua, laman dilancarkan, dan anda diajar cara mengemas kini sendiri.
Projek klien dan konsep redesign
Konsep redesign ialah siri latihan yang dikongsi di TikTok @faisalaziz.my. Ia bukan projek rasmi jenama tersebut.






Soalan lazim
Apa yang berlaku dalam audit percuma?
Anda isi borang ringkas. Dalam 24 jam, kami hantar video pendek melalui WhatsApp yang menunjukkan apa yang boleh diperbaiki pada laman anda, berserta contoh rupa bahagian atas laman selepas redesign. Tiada sebarang komitmen.
Bagaimana jika saya belum ada laman web?
Pakej yang sama boleh digunakan untuk laman web pertama. Nyatakan dalam borang bahawa anda belum ada laman.
Siapa yang sediakan teks dan gambar?
Anda sediakan maklumat bisnes dan gambar. Kami susun semula teks sedia ada supaya lebih jelas dan sesuai dengan design baharu.
Adakah domain dan hosting termasuk?
Domain dan hosting dibayar berasingan atas nama anda, supaya laman itu kekal milik anda. Kami bantu tetapkan semuanya.
Bagaimana dengan kedai online atau Shopify?
Kedai online diberi sebut harga berasingan kerana bilangan produk dan sistem pembayaran berbeza bagi setiap bisnes. Mulakan dengan audit percuma.
Apa yang termasuk dalam penjagaan bulanan?
Kemas kini kandungan kecil, sandaran, pemantauan keselamatan dan semakan laman setiap bulan. Bulan pertama percuma, kemudian RM350 sebulan dan boleh dihentikan bila-bila masa.
Mahu tahu apa yang boleh diperbaiki pada laman anda?
Isi borang 1 minit. Kami hantar audit video melalui WhatsApp dalam 24 jam.
Minta audit percuma →